Dalam pada itu, mereka menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka. Munculnya seorang gadis cantik bernama “ Ayu sofea “ ,yang bertugas dibahagian “Training “ (trainer) dikilang elektronik tempat mereka bekerja. Pelbagai strategi dan juga ragam tiga lelaki bujang ini didalam situasi untuk memenangi hati “ Ayu sofea”. Ayu bagaimanapun pandai menyesuaikan diri bila berhadapan dengan kerenah dan juga ragam tiga bujang Sepah ini . Terjadilah sketsa serta babak-babak yang kelihatan membodohkan diri sendiri serta buli membuli sewaktu tiga bujang itu mengatur strategi. Namun semuanya gagal.
Kegagalan tiga bujang itu untuk memenangi hati “ Ayu Sofea “ berpunca dengan kemunculan seorang pengurus baru didalam kilang tersebut, iaitu “ Based ”. Based yang berpendidikan luar negara serta berketurunan anak orang berada sangat mudah menghampiri Ayu Sofea dengan penampilan serta imejnya.
Situasi ini disedari oleh Sepah dan telah melahirkan suatu sifat cemburu dan sakit hati. Kebetulan “Based” juga adalah pelumba motor cross dan mempunyai pasukannya sendiri. Maka dengan sifat lelaki jati, tiga bujang Sepah itu mencabar pasukan Based didalam suatu perlumbaan sihat. Perlumbaan yang berlangsung disebuah ladang kelapa sawit dan telah mengundang kemalangan pada Jep. Bujang Sepah menerima sindiran dan juga ejekan dari pasukan “Based”. Shuib dan Mamat menyedari akan kesungguhan Jep untuk memikat Ayu Sofea. Mamat dan Shuib mengalah dan bertekad membantu Jep untuk mendapatkan Ayu Sofea. Strategi yang licik diaturkan Mamat dan Shuib untuk memenangi hati Ayu Sofea pada Jep. Namun apabila strategi dijalankan, muncul Based menjadi penghalangnya.
“Ayu sofea” menyedari bahawa Jep sangat cintakannya. Namun ternyata Based lebih bijak mengatur strategi. Based meminang Ayu Sofea dan peminangannya diterima keluarga Ayu Sofea, memandangkan kedudukan keluarga Based menyakinkan keluarga Ayu Sofea.
Situasi ini mengundang kecewa yang teramat sangat pada Jep. Shuib dan Mamat dalam dilema apabila melihat keadaan Jep sudah terumbang ambing. Shuib dan Mamat mengatur strategi untuk mengembalikan keceriaan Jep, namun semuanya gagal. Jep dengan hati yang membara telah menemui keluarga Ayu Sofea memohon agar diputuskan talian pertunangan diantara Based dan Ayu sofea. Jep telah dimalukan apabila diherdik oleh keluarga Ayu Sofea diatas tindakannya. Jep kecewa. Based merasakan bahawa Jep sudah melampau dan perlu diajar.
Based mencabar Sepah berlumba dengan kumpulannya. Jep menyahut cabaran dan perlumbaan diadakan sekali lagi di ladang kelapa sawit. Namun perlumbaan kali ini berpihak kepada Sepah. Based benar-benar kecewa.
Based sekali lagi dikecewakan apabila Ayu Sofea mendapat tahu bahawa Based telah mengakibatkan seorang pekerja kilang bernama Rozita mengandung. Pertunangan diputuskan. Sepah gembira mendengar berita Ayu Sofea dan Based telah terputus talian pertunangan namun mereka simpati dengan Ayu Sofea.
Tiga bujang Sepah mengambil peluang tersebut untuk kembali memujuk hati Ayu Sofea terutama Jep.
Mampukah Jep memenangi hati Ayu Sofea? Bagaimana Jep berhadapan dengan Shuib dan Mamat dalam mendapatkan semula Ayu Sofea?
Semuanya akan terjawab di dalam SEPAH THE MOVIE.